Sebagai seorang
lelaki urban yang meminati kelab terhebat sepanjang zaman, Manchester United, saya
merasakan yang saya perlu menulis dan menjawab beberapa persoalan yang menimbulkan
paranoid sebahagian sisi masyarakat marhaein di Malaysia.
Isunya ialah
bolehkan kita menyokong pasukan Manchester United kerana ia dikatakan memiliki
lambang syaitan berdasarkan gelarannya The Red Devil.
Saya tidak pasti
mengapa dan kenapa minda kita kerapkali di-spin dan dimanipulasi dengan
sebahagian isu yang kadangkala hujahnya agak dangkal, bersadur daripada
internet, berorientasikan tahyul-karut-marut, bersifat ekspresionisme
secara transcendental, paranoid dan
kadangkala lebih bersifat “syok sendiri”. Banyak contohnya, anda fikirkanlah
sendiri, contoh terbaharu isu tarian Gangnam. Yang lain, anda fikir sendiri.
Nasihat saya kepada seluruh rakyat Malaysia, berfikirkan
atas landasan rasionalisme, bukan “buta-mata-hati” atas apa sahaja material
bacaan yang disajikan kepada anda. Carilah yang bersifat “supremacy of ideas”
untuk membuka ruang dan peluang minda untuk berfikir, bukan memandulkan akal
kita.
Disini saya
menulis dalam bentuk poin agar ianya bersifat “straight-to-the point” dan mudah
dihadam.
(1) Pada saya, lambang
Red Devil itu hanya sebagai satu simbol, nickname atau ambiguiti, yang tinggal
ia sekadar simbol, dan tidak lebih daripada itu. Manchester United digelar Red
Devil disebabkan jersi utama mereka berwarna merah.
Di sini saya
menimbulkan persoalan, adakah dengan memakai jersi Manchester United atau
menyokong kelab tersebut akan menjadikan kita sebagai seorang penyembah
syaitan?
Pernahkah sepanjang
menonton perlawanan yang melibatkan Manchester United, kita melihat, Sir Alex
Ferguson, pemain atau seorang pun penonton di Old Traford yang duduk bertafakur
menjalankan ritual menyembah syaitan sebelum, semasa atau selepas perlawanan
yang melibatkan Manchester United?
Ataupun pernahkan
kita melihat upacara menyimbah atau meminum darah kambing hitam dilakukan di
Old Traford sepertimana ritual yang biasa dalam pemujaan syaitan dilakukan oleh
mana-mana individu di sana?
Tepuk dada, tanya
diri.
(2) Kita juga tidak jelas bagaimanakah rupa syaitan, jin
atau seangkatan dengannya, lantas saya menimbulkan persoalan adakah lambang
yang ada pada logo Manchester itu adalah merupakan rupa bentuk syaitan?
Menurut sebahagian ulama’, rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan
ditiupkan roh itu, hanya Allah SWT dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya.
Menurut
sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus
mirip kepada manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah
SWT ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa.
Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk
seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik
yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam.
Di dalam Sahih Bukhari, ada
meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor
ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.
Di samping itu, Jin juga
boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa
bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
Nota: Iblis dan Syaitan adalah
juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin.
Jadi persoalannya, di
dalam dunia ini, siapa yang mampu untuk memberikan gambar yang tepat, documentary evidence, bukti
emperikal, prima-facie, proof, ithbat bagaimana rupa syaitan yang sebenarnya,
sebelum mengatakan bahawa logo Manchester itu adalah merupakan rupa bentuk
syaitan.
(3) Kita jangan memaknakan sesuatu itu kalimah dengan
maknanya secara literal dimana ianya mungkin membawa maksud yang kontradik
daripada pemaknaan harfiah kita. Mari kita uji kalimah Red Devil ini.
Mari kita lihat maksudnya di Thesaurus: Red Devil is barbiturate
that is a white odorless slightly bitter powder (trade name Seconal) used as a
sodium salt for sedation and to treat convulsions.
Jika anda kata Thesaurus tidak urban, mari kita lihat
Urban Dictionary pula:
1. Slang for cough syrup pills; used by underaged idiots
that wanna get high but either can't get the money for something else or can't
get a car to get them to a dealer.
2. Glory Glory Man United!
3. Slang for drug Seconal- a barbiturate.
4. The name of the Belgian national football (soccer)
team.
5. The name of the South-Korean national squad
6. Manchester United
Jadi, adakah dengan kita menyokong nama pasukan
berdasarkan daripada pemaknaan maksud di atas akan menjadikan kita penyembah
syaitan?
Adalah menjadi masalah apabila kita menjadi terlalu
literalist. Kita ambil contoh yang lain selain kalimah Red Devil ini ialah seperti kalimah
terbaharu seperti "devil's advocate" :)
Kita ada 24 jam masa sehari dan bila didarabkan dengan seminggu kita akan ada
168 jam. Jadi apakah salahnya kita menghabiskan dalam 2-3 jam untuk menonton
EPL? Mengharamkan menonton bola(baca:EPL) dan mengharamkan penyokongan terhadap
Manchester United disebabkan hujah-hujah bersifat syok sendiri adalah satu
pandangan yang sangat-sangat mendangkalkan.
Sekian.