Sudah agak lama aku menantikan filem genre seram yang lari daripada kebiasaan fikrah klise ‘hantu-hantu industri filem Malaysia’.
Mungkin kita(kita?) sudah muak dan jelek dengan hantu-hantu berbusana putih, berambut mengerbang, mata merah menyala, tangan ada kuku panjang, kadang-kadang nampak bayang-bayang(hantu ada bayang-bayang ke?), hantu terbang-terbang dengan tali(yang kadang-kadang termasuk dalam frame kamera, kerana dibikin cincai), ataupun hantu merangkak ala-ala Ju-on(apa kata kalau ko jumpa hantu ni ko pijak je belakang dia, confirm dia tak boleh nak cekik ko) didalam drama mahupun filem terutamanya terbitan Metrowealth.
Apa yang pasti, David Teo dan Ahmad Idham sudah kaya-raya dengan idea hantu kitaran ini dalam filem-filem mereka dan yang menimbulkan persoalan, mengapa khalayak filem kita masih mahu menonton filem-filem mereka walaupun acapkali dihidangkan dengan adunan klise dan basi.
Mari aku rungkai beberapa elemen yang dikitar berulang kali dalam filem mahupun drama terbitan Metrowealth:
1. Suka memeranjatkan khalayak dengan sound-effect yang kadang-kadang buat aku menyampah. Contohnya kalau hantu muncul mesti akan ada sound-effect yang kuat untuk buat penonton terperanjat. Hakikinya, yang terbina secara naturalis bukanlah elemen seram sebaliknya elemen terperanjat.
2. Plot cerita yang lebih kurang sama. Cuba lihat apa beza cerita antara filem Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur dan beberapa drama terbitan Metrowealth. Kesemuanya mempunyai jalur cerita yang lebih kurang sama.
3. Bab solekan hantu, kesan khas, props, ‘tali menggantung hantu’, semuanya adalah kitar-semula.
4. Perhatikan cara hantu-hantu Metrowealth bergerak, mesti pose dia ‘hantu bergerak kedepan dengan tangan berkuku panjang yang dijulur-julurkan’, ‘hantu ala-ala Ju-on yang datang merangkak-rangkak’ ataupun ‘hantu berbusana putih yang terbang menegak seolah-olah ada tali yang melekat pada tengkok hantu tadi’.
5. Cuba lihat pula cara bagaimana hantu Metrowealth memunculkan diri, ‘hantu muncul ditepi kereta’, ‘hantu muncul kat belakang tempat duduk time kereta tiba-tiba rosak tengah jalan-yang rosak mesti waktu malam’, ‘hantu muncul time-time scene makan dan pastuh hantu sambung makan dalam keadaan gelojoh’, ‘jalan-jalan nak masuk rumah, tiba-tiba hantu muncul kat dalam rumah’, ‘masuk hutan jumpa warung yang tiba-tiba ada, pastuh order makan, bila balik jadik ulat, yang peliknya makanan yang si pelakon order mesti mee goreng’, ‘muncul kat tingkap atau pintu rumah yang terbuka’.
6. Tempat kejadian atau latar penceritaan mesti dikampung yang rumah-rumahnya diperbuat daripada kayu. Jarang sekali hantu berada dibandar-bandar besar seperti di Jalan Telawi ataupun Bukit Bintang.
Aku sebenarnya agak terperanjat apabila mengetahui bahawa filem Mantra ini adalah terbitan Metrowealth. Jarang sekali Metrowealth berfikir untuk mengetepikan seketika soal keuntungan dan bereksperimentasi dengan filem seram semacam Mantra ini.
Pada aku Mantra pada luarannya kelihatan seperti sebuah filem yang baik dan mantap.
Ia pada asasnya mempunyai jalan cerita yang baik iaitu mengangkat tema perbomohan, antara sisi ilmu putih mahupun ilmu hitam. Pujian buat pengarah yang mencuba untuk lari daripada klise naratif filem hantu yang membosankan aku sebelum ini.
Namun jika kita mencari-gali, mentadabbur dalaman filem ini, kita akan dapati filem ini mempunyai banyak kelemahan yang jika dibikin dengan teliti mampu untuk menjadikan filem ini sebagai karya seram terbaik abad ini.
Filem ini mengisahkan dendam Munzir(lakonan Zul Handy Black) terhadap Hasbie(lakonan Husnul Rahmat) kerana merampas isterinya(lakonan Ana Dahlia). Demi menuntut bela, Munzir mendalami ilmu hitam di penjara kebatinan(di Penjara Pudu-yang telah dirobohkan baru-baru ini). Setelah Munzir bebas daripada penjara, maka si Munzir melakukan beberapa serangan batin terhadap Hasbie. Akhirnya kedua-dua mati. Hasbie mati dibunuh Munzir, manakala Munzir dibunuh oleh satu watak hero yang muncul 3 scene sahaja dalam filem ini iaitu watak Tok Imam(lakonan Bob Lokman).
Sebenarnya, aku secara peribadi menyukai filem ini.
Filem ini merupakan filem genre seram kedua arahan Azahari Zain selepas filem Santau. Pada aku, Azahari punyai masa depan yang cerah didalam penghasilan filem yang ampuh jika diberikan peluang, ruang, penulis skrip dan team produksi yang betul-betul mantap.
Untuk filem Mantra ini, idea dan tema yang cuba diterapkan memang mantap, namun ia dirosakkan dengan plot yang berterabur dan pembinaan watak yang mengelirukan.
Cuba lihat babak awal filem ini, tiba-tiba sahaja watak Munzir dilabel oleh mak mertuanya sebagai pengamal ilmu hitam, sedangkan pada malam si Ani itu sakit barulah si Munzir mengorek kubur, yang dilakukannya entah atas tujuan apa, kesemuanya kabur dan memeningkan.
Mengapa Munzir ini tiba-tiba mengorek kubur hingga akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu?
Juga timbul persoalan, adakah Penjara Pudu ini tidak hanya merupakan penjara untuk pesalah normal, sebaliknya ia juga adalah merupakan tempat mengurung bomoh-bomoh yang melakukan kesalahan. Ataupun sudah wujud peruntukan kehakiman di Malaysia untuk menghakimi kes-kes kebatinan seperti kes-kes santau, sihir, buatan orang dan perkara yang berkaitan. Jika seseorang yang terkena santau dan meninggal dunia, adakah orang yang bertanggungjawab melakukannya akan dibawa kemuka pengadilan?
Watak Hasbie yang dibina didalam filem ini juga mengelirukan kerana dia tiba-tiba muncul atas dasar nafsu iaitu dia mahukan isteri si Munzir. Awal-awal lagi klue bahawa si Hasbie bukanlah satu watak yang baik sudah terungkai kerana dia semahunya mahu berkahwin dengan Ani(dengan memaksa Pak Long meminta surat cerai kepada Munzir). Disini aku sudah menduga bahawa si Hasbie bukanlah satu watak yang baik walaupun kita ditipu dengan pakaian luaran Hasbie yang menampakkan kealimannya.
Watak Pak Long pula banyak dibina dengan babak-babak kebetulan. Mengapa aku berkata sedemikian, cuba lihat babak ketika Munzir melarikan Ani dan anaknya, watak Pak Long ini tiba-tiba berada didepan Munzir dan membebel menyuruh Munzir bertaubat, sedangkan dialah yang bertanggungjawab menyebabkan Munzir berupaya menguasai ilmu hitam tersebut. Kemudiannya, bila ada hantu paya menggertak, tiba-tiba dia melarikan diri ke kubur(entah kenapa dia melarikan diri kekubur pun aku tak pasti) dan sekali lagi unsur kebetulan berlaku, Pak Long berjumpa dengan Tok Imam(entah apa Tok Imam nih buat malam-malam dikubur, aku pun tak pasti).
Malahan latar-belakang filem ini juga sangat mengelirukan, adakah ianya berlatarkan sekitar 70an atau 90an, kita tidak dapat memastikan secara jelas. Ruang sosialisasi dan moderninasi juga agak sempit dan timbul juga persoalan adakah kesemua orang yang sakit hanya bergantung kepada ilmu kebomohan si Hasbie sahaja?
Juga watak-watak perempuan yang mandi pada waktu malam dalam keadaan berkemban(perlukah babak-babak erotik semacam ini?), babak ini memperlihatkan kelemahan berfikir secara total, hangpa dah tahu hantu keluar waktu malam, time-time tulah baru keluar berkemban nak mandi, mengapa tak keluar mandi pada waktu petang sahaja?
Props cerita ini kadang-kadang agak dibuat-buat, cuba anda lihat babak ketika watak si Borhan berbasikal sebelum terjatuh, perhatikan jalan tar yang seolah-olah ditabur dengan daun-daun, nampak sangat palsu. Begitu juga kesan khas yang kurang relevan, contohnya babak Hasbie berpusing-pusing berlawan aura dengan Munzir yang anginnya seolah-olah angin taufan, tetapi bara api yang berada berdekatan dengan tempat tersebut tidak menunjukkan apa-apa bukti emperikal disitu berlakunya ribut taufan.
Namun, aku memuji Azahari atas semangat untuk ‘lari daripada kebiasaan’ dan semangat untuk mencuba sebaik mungkin untuk filem ini.
Ini dapat dibuktikan dengan kajian yang aku fikirkan agak mendalam berkaitan jampi dan mentera berkaitan alam kebatinan ini. istilah-istilah mentera yang digunakan juga agak rare dan jarang kita dengari berbanding kalimah ‘mambang tanah’ ataupun ‘mambang air’ yang sering diguna-pakai dalam filem genre seram yang sering kita tonton.
Ada beberapa babak yang aku fikirkan seram buat diri aku contohnya babak Pak Long menggigit tali ikatan mayat dengan gigi. Yang ini memang agak menyeramkan. Cuba ko tonton filem ini sorang-sorang dalam bilik, pukul 12 malam ke atas, kalau ko nak rasa keseramannya.
Kekuatan filem ini terletak kepada pembawaan watak Munzir dan Hasbie yang ‘menang’ dan ‘berjaya’ ditangan Zul Handy Black dan Husnul Rahmat. Zul memang aku akui mempunyai masa depan yang cemerlang dengan watak-watak gelap semacam ini, manakala Husnul Rahmat, dengan wajahnya yang redup, memang sangat sesuai dengan watak ala-ala ustaz seperti ini. Lakonan Ana Dahlia pada aras sederhana, tapi watak Bob Lokman jadi Tok Imam memang rare! Eh, muka Ana Dahlia iras-iras Wan Nur Azlin erk?
Oh ya, tiada juga hantu-hantu kitaran Metrowealth untuk filem ini, walaupun ia diterbitkan oleh Metrowealth.
Jika anda ingin merasai keseramannya secara mendalam, tonton filem ini time midnight, pastuh balik sorang-sorang ko lalulah mana-mana kubur yang berdekatan. Ulang tayang babak ‘syarat ke-tiga’ dalam filem ini kedalam otak korang. Amacam? Ada beran?
nota review-filem: sedang dalam mood MASKARA SHORTIES! 7 Ogos 2010, Rumah Pena, DBP.
25 Julai 2010
Ulasan filem Mantra(2010)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
bob lokman jadi ustaz dah tak berapa rare..hik hik hik
sebab dia pernah jadi ustaz dalam drama..tapi ada lagi elemen humor..
kalau dalam mantra ni aku tak tau la
Dlm drama kt astro,bob tak rare,yg rare awek tudung dlm citer tu : )
Aku dgr seorang penerbit Thailand tengok filem ni dan berkata dengan selamba- Thailand dah buat filem macam ni 20 tahun lepas.
Azhari Zain gagal dalam semua aspek- baik terutamanya lakon layar, Ini adalah kenyataan aku yang berbeza dengan pendapat kamu.Tapi ini tiada salah dan betul...ini adalah pendapat...
Aku kenal secara peribadi Azhari...aku nampak lakon layar yang terlalu exagerate, Munzir adalah Zack..Pak Long adalah Zack..Zack ada dimana-mana dalam filem ini, kerana lakon layarnya yang macam hampeh dah tak versatile...
Zul handy black pula bagi aku sangat gagal dalam melakonkan watak dia...
Mantera yang dgunakan difahamkan adalah mantera yang betul dari kaum KUBU...cuma mantera tu tak dibaca habis.
Aku tengok filem in. Dan aku boleh bagi 1 dari 5.
Apepun, aku boleh layan review kau. Keep it up.
Teruskan menulis dik dan aku sentiasa baca..aku dah kureng skit masa akhir2 ni coz komitmen kerja :)
ares bahar & ajami: thanks kerana mengkomen review aku yang ntah apa apa ntah nih..
Bro, tolong belajar cara nak buat ulasan biar betul2 lagi ya. Dan tengok fikir tu kena berfikir jugak, jangan layan je.. Mantra memang bukan filem baik tapi ulasan lu buat ni bukan profesional.
Aku mau buat film mantra 2
Catat Ulasan