"Baik-baik jalan. Ingat, bila tinggal kampung ni.. nanti kau orang jadi orang lain. Bukan budak kampung lagi" - Pak Cik Polis
"Takkan la macam tu bang.. Kami tak takut apa pun. Tak pergi, kita tak jumpa. Kalau nak selamat, duduk membatu di kampung lah jawabnye..." - Yadi
Aku dah tengok filem nih time aku masih budak-budak lagi. Aku beli VCD filem ni kat Music Valley sebab aku terbaca satu ulasan tentang filem ni kat internet. Review tuh bagitau yang filem ini bagus ditonton oleh anak-anak muda macam aku ketika tu. Darah muda, jiwa muda.
Aku masih ingat time tuh aku tonton bersama kawan-kawan seasrama aku dan bila habis filem nih ditayangkan, semua berkerut dan kondem filem nih tak best langsung. Aku diam je sebab aku dah tonton beberapa filem yang lebih rumit plotnya berbanding filem DJKM nih. Mungkin mentaliti kawan-kawan aku(baca:termasuklah khalayak yang suka menonton filem) time tuh belum terbuka mindanya untuk menerima karya-karya semacam nih. Nak buat macamane sebab time tu panggung-panggung pun dok tayang citer-citer Senario, tak pun cerita cinta Yusof Haslam, jadi tak boleh nak kata apalah..
Ok, aku cerita sedikit latar-belakang filem ini.
Dari Jemapoh Ke Manchester dihasilkan pada tahun 1996 dan memulakan tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Singapura pada tahun 1998. Seterusnya filem ini telah menjelajah ke seluruh dunia melalui pelbagai Festival Filem Antarabangsa malah turut ditayangkan di Perancis sempena kejohanan Piala Dunia 1998(baca: time ni Ronaldo gemuk masih power lagi).
Ya, aku akui ini adalah filem anak muda yang segar tapi tak berapa nak membangkit semangat melawan yang keras macam filem Kembara Seniman Jalanan(1986). Filem DJKM ini agak lembut naratifnya, namun keras sisi nilai ambiguitinya.
Dewasa ini kita mungkin dihidangkan dengan filem-filem bercerita kisah anak muda yang suka berlumba haram, merempit, berlomba kereta, kisah-kisah bercinta, geng-geng indie, gangsterisme, gejala sosial, gay dan sebagainya, namun berapa banyak filem tentang anak muda yang mampu menandingi filem bertajuk Dari Jemapoh Ke Manchester ini?
Yang membezakannya antara DJKM dengan kesemua karya itu ialah idealisme.
Kita mungkin boleh menemui filem yang bercakap soal eskapisme anak muda yang sudah bosan ditekan oleh sesuatu atau kebebasan mereka dihalang, lalu mereka memilih untuk merempit dijalanan, berlumba haram, bergelumang dengan kancah maksiat atau pelbagai perkara yang mereka fikir sesuai dengan jiwa muda mereka tanpa mereka sedar, sebenarnya mereka sedang berdiri diatas kehancuran samada moraliti ataupun diri mereka sendiri.
Apabila remaja dihidangkan dengan filem-filem semacam ini secara psikologinya mereka akan terpengaruh lalu ingin menjadi seperti apa yang mereka tonton. Disini kita lihat bagaimana relevannya teori Parlov mengiyakan taakulan aku ini.
Yang paling aku tak tahan ialah apabila si penerbit atau pengarah mula bising mengakui yang filem mereka bermesej supaya jangan jadik mat rempit atau jangan jadik minah rempit. Apa jadah ni? Mengajar orang dengan cara negatif tapi mengharapkan hasilnya adalah positif?
Kita sewajarnya mencontohi industri perfileman jiran kita Indonesia, bagaimana filem tentang anak-anak muda mereka sangat kaya dengan idealisme dan segar, ambil contoh mudah Laskar Pelangi(2008), sebaliknya karyawan kita disini masih dangkal dan hanya memikirkan bagaimana cara mudah untuk filem mereka laku box-office, lalu khalayak dihidangkan dengan filem-filem sampah yang mungkin spektakular daripada segi CGI, kos biayaannya atau kejelitaan pelakonnya, tetapi sangat terbelakang idealismenya.
Filem ini pada aku cukup perencahnya. Dari aspek penceritaan, mis en scene, pelakon, sinematografi dan mesej, kesemuanya cukup lengkap.
Plot filem ini sangat mudah. Ia adalah sebuah road-movie yang bercerita tentang kisah dua anak muda bernama Yadi dan Mafiz dari sebuah kampung di Jemapoh, Negeri Sembilan dalam perjalanan ke England untuk mencapai hasrat masing-masing. Yadi ingin ke Manchester untuk melihat bintang bola sepak kesayangannya George Best sementara Mafiz ingin mencari ayahnya seorang kelasi yang dikatakan berada di Liverpool. Lalu bermulalah perjalanan dua orang sahabat ini dan ditemukan dengan cabaran dan ragam manusia samada yang baik ataupun buruk sepanjang perjalanan mereka.
Dari sudut lakonan aku dapati lakonan Yadi, Mafiz dan lain-lain tidaklah mengecewakan dan tidaklah terlalu kaku, walaupun pertama kali berlakon. Mungkin ini sedikit sebanyak disokong dengan kebijaksanaan pengarah yang lebih suka babak menggunakan dubbing suara, contohnya banyak babak bercakap dalam kereta atau menyembunyikan ekspresi muka pelakonnya dengan shot dalam gelap seperti babak ketika mak Mafiz membebel. Mungkin ada watak yang tersangat kaku seperti mak cik yang pukul Ripik si bapak ayam. Dan ada pelakon-pelakon yang sudah kita sedia maklum dalam industri seperti Amran Nasaruddin, Kuman, Maimon Muthalib dan lain-lain.
Plot filem ini bergerak dengan tempo yang sederhana, ia bermula dengan pengenalan watak Yadi dan Mafiz dan berkembang dengan idea hijrah mereka ke Manchester lalu ia menaik ke takat klimaks ketika watak Mila binti Saleh(saya bukan maksiat, saya Mila Binti Salleh..)diculik oleh Profesor ketika sedang mandi. Disitu timbul konflik antara persahabatan Yadi dan Mafiz bertembung dengan isu penculikan Mila. Dan ada babak anti-klimaks, iaitu babak Rifik si bapak ayam yang tiba-tiba muncul mengamuk mahu menembak Mila, lalu dipukul oleh mak cik jual goreng pisang.
Antara satu scene ke satu scene disusun secara teratur tanpa perlu kepada teknik imbas-semula atau penerangan lanjut bagaimana asal-usul watak-watak tambahan seperti watak Lini dan Mila.
Sinematografi filem ini memang berada pada kelasnya yang tersendiri. Hadir dengan shot-shot yang indah dan dalam masa yang sama ia mengundang kritik sosial pengarah terhadap satu-satu isu. Kita lihat babak tiada elektrik dengan props lampu pelita untuk mewujudkan situasi masih terdapat penafian hak elektrik dikalangan rakyat marhain ataupun shot kamera menyorot bukit-bukit yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan, lalu kemudiannya kamera beralih kepada bukit-bukit yang gondol. Ini satu kritikan terhadap tangan-tangan kejam yang sanggup merosakkan sistem ekosistem bumi semata atas dasar keuntungan.
Bercakap soal ambiguiti. Aku fikirkan terlalu banyak scene yang cuba menyampai mesej tetapi secara berlapis. Namun bukan berlapis-lapis, mungkin selapis, dan mudah dihadam oleh khalayak.
Jika kita bercakap soal eskapisme anak muda terhadap kongkongan ataupun sekatan, filem ini berkelas A untuk itu. Kita lihat bagaimana bijaknya si pengarah mengadun antara unsur psikologi, motivasi, efikasi anak muda untuk memilih eskapisme terbaik, bukan memilih untuk berlumba haram lalu patah tangan, kaki atau mati katak diatas jalan raya.
Kita lihat 2 orang sahabat ini menuju destinasi yang boleh dianggap mustahil pada pandangan kita semua. Melihat kepada sisi ekonomikal Yadi yang tidak bekerja dan mengharap kepada Mafiz yang bekerja sebagai mekanik dan bergaji tak seberapa, dengan tiada pasport antarabangsa, baju pun tak tukar-tukar, keduanya berasal daripada keluarga sederhana, memang agak mustahil untuk keduanya sampai ke Manchester.
Namun, filem ini membina konsep “siapa berusaha, dia akan mendapat”, kita dapat lihat bagaimana segala kekurangan itu ditampung dengan kesungguhan dan efikasi kendiri yang kuat untuk mencapai matlamat mereka. Lantas mereka digambarkan dengan metafora keberjayaan dengan perlambangan terbang ke langit.
Kita juga melihat bagaimana kata-kata semangat sosialisme daripada pak cik polis yang menyuruh Yadi dan Mafiz keluar berhijrah, tidak hanya membatu dikampung. Perlambangan ini sangat jelas menyuntik semangat dan membangkit darah anak muda untuk keluar daripada kepompong “dunia asal” mereka. Ini boleh ditafsir daripada konteks yang pelbagai berdasarkan pemahaman masing-masing. Mungkin ada yang menilai ia dari sudut politik, ideologi, kejumudan dan lain-lain penafsiran yang difikirkan sesuai.
Kita lihat babak 3 orang berkemeja yang menceroboh gig anak muda(baca: dialih-bahasa oleh Amir Muhammad sebagai punks dalam filem ini), lalu menembak secara melulu, memberi perlambangan hak, kreativiti dan dunia sisi anak muda banyak dinafikan. Aku malas nak mengulas panjang lebar tentang perkara nih, anda fikirlah sendiri.
Ia memberi perlambangan berkaitan method dan kaedah yang sesuai untuk menyelami dunia anak remaja yang penuh ke”rebel”an ini, sekaligus membuka persoalan, adakah anak remaja yang penuh dengan sifat memberontak ini perlu ditangani dengan kekasaran juga?
Filem ini sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi kita tentang muzik. Pada aku muzik itu subjektif. Muzik ini terlalu banyak genrenya. Kesilapan kita ialah apabila menjatuh-hukum satu-satu muzik yang tidak sehaluan dengan muzik kita, lalu membina persepsi bahawa itu bukan muzik. Contohnya, dalam Mentor Mas Idayu mengutuk Joe Flizzow dengan mengatakan yang Joe bercakap bukan bernyanyi. Ini persepsi yang salah tentang satu-satu genre muzik. Contoh lain, band Carburater Dung memainkan irama yang laju dan menjerit hingga kita kurang dapat ditangkap liriknya, adakah wajar kita melabel irama mereka bukan muzik?
Cuba lihat babak dalam kereta selepas gig dihuru-harakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, Yadi dan Mafiz bercakap soal cabaran dan keberanian. Dialog yang diungkapkan ialah dibelakang kita Jemapoh, didepan kita Manchester, ditengah-tengah kita hutan, mana boleh kita patah baik. Disaat Yadi hilang sedikit keyakinan dengan cabaran yang menimpa mereka, Mafiz merungkai solusi bahawa dengan semangat fizikal dan kekuatan moral mereka akan mampu melepasi apa jua halangan dan tidak akan berpatah balik. Dan hasilnya ialah babak terbang dipengakhiran cerita melambangkan keberjayaan mereka.
Kita lihat juga babak puak-puak berbaju hitam menolong menolak kereta sebelum babak penutup yang seolah memberi perlambangan bahawa dengan istilah “bersatu” anak muda akan dapat mengharungi apa jua tentangan spritual mahupun fizikal yang mendatang.
Ada banyak lagi yang aku malas nak ulas dan mungkin boleh jadi kontroversi kalau aku ulas lebih-lebih, contohnya scene radio sebut keputusan pilihanraya lalu diketawakan oleh Yadi, Mafiz dan Lini ataupun scene tangan Yadi memegang dada Mafiz lalu mengungkapkan dialog perempuan menyusahkan.
Dialog filem ini sangat-sangat sempoi tapi mendalam jika ditadabbur, contohnya dialog sempoi “cool brader!” atau dialog mendalam seperti yang kita dapat lihat pada scene Yadi dan Mafiz ditepi sungai dan bermonolog tentang perlambangan selipar atau dialog dalam kereta selepas gig di rush ataupun dialog bersama abang polis.
Terus terang ada 3 babak yang aku suka dalam filem ini iaitu babak cahaya lampu kereta dari jauh sayup-sayup hinggalah ke terang(monolog tentang belakang kita Jemapoh, depan kita Manchester), babak mak cik pukul si Ripik(emansipasi wanita) dan babak last, puak baju hitam tolong tolak kereta sebelum kereta terbang menuju Manchester.
Dan aku juga suka lagu La O Be yang menjadi muzik latar filem ini. Juga keberanian pengarah menggunakan muzik keras sebagai muzik background filem ini. Mana ada pengarah filem yang berani guna lagu Carburator Dung dalam filem mereka, melainkan filem yang ini!
Kesimpulannya jika anda mahu filem anak muda yang kaya dengan suntikan idealisme segar, sila tonton filem ini. Bagi yang sudah berusia dan mahu menjadi muda semula juga disarankan menonton filem ini. Biar fizikal dimamah usia, namun jiwa tetap muda-belia. Dapatkan ia sekarang di Music Valley atau tonton sahaja di Youtube.
nota review-filem: baru perasan yang watak Mila(saya bukan maksiat, saya Mila binti Salleh..) rupa-rupanya pengarah bersama filem Kami The Movie(2008), eh betul ke?

13 ulasan:
YA BETUL.
baru perasan bro,sebab teringat the making filem kami..
aku tengok cerita ni time sekolah rendah..serius aku tak faham apa time tu..tapi aku tengok sampai habis..dua kali and susah gak nak faham..boleh ke aku nak salahkan filem yang menampilkan kejelitaan berbanding idealisme sesuatu filem tu?
p/s: abah aku yang beli time tu..sebab jemapoh tu tak la jauh sangat dengan rumah kami..lagi satu, sebab isham rais yang buat..haha
Satu je aku tak berkenan dengan filem ni.Dia punya pendialogan tu - kalau nko perasan macam ada satu tone je - monotonous.Aku faham kalau angle kamera tak cun atau filem agak 70an sikit sebab ada unsur-unsur western spaghetti dalam falsafah filem Hisham,tapi Hisham tak train ke talent dia untuk berlakon tak jadi monotonous?
Dari segi naratif - ya - filem ini filem anak muda.Filem anak muda vs falsafah tua.Contoh bila mak si Mafiz marah-marah "asyik radioo jo kojo,kalau zaman Jopun dah lama dek keno bunoh".Aku terbarai gelak ayat tu.
Anyway,it's a good movie.To be frank gua inspired a lot dengan filem ni masa gua kecik.Filem yang membentuk gua sehingga hari ni.
Gua paling suka ayat "Apa entah Jemapoh ni - nak main bola pun tak boleh".Macam keluhan suara gua.
anak abdullah: filem ni pada aku biasa2 je,slh satu sbb dia jadi luar biasa ialah krn isham yg buat :)
nami:dialog filem ni mmg aku rasa dibikin mmg mcm tuh,sempoi,sbb tuh aku kata filem ni filem lembut..kalau ko tgk filem kembara seniman jalanan,dialog dia lg kasar dan reble.
tapi dialog "bool brader" mmg cult!
kalau babak lawak,aku suka babak mak cik tua jual goreng pisang boleh kalahkan si rifik tuh mmg aku tak leh handle :)
hehehe..
"Contohnya, dalam Mentor Mas Idayu mengutuk Joe Flizzow dengan mengatakan yang Joe bercakap bukan bernyanyi. Ini persepsi yang salah tentang satu-satu genre muzik."
persepsi mas idayu tu ada benarnya.
singing and rapping ain't exactly the same thing.
kita ambil contoh lagu ni: http://www.youtube.com/watch?v=edxyeRCnPbM
jay z memang tidak menyanyi dalam lagu tersebut. isterinya, beyonce yang menyanyi. jay z= rapper. beyonce= singer.
walau apa kes sekalipun, they make good music!
tapi muzik tetap muzik walaupun takde orang menyanyi atau bersyair dan lain-lain. yang ini kamu cari sendiri ya.
teruskan mengulas filem. banyak lagi potensi kamu.
babak mamat punk yang pacakkan mohawk dia tu mcm menunjukkan yg anak muda perlu bangun dan rebel..dan soundtrack filem ni pun best!
Dulu ada jual t-shirt filem ni.
tp masa tu aku pun kecik lagi.
tp, ini antara filem yg cukup berjiwa. harap isham aka bikin lagi filem lepas ni..
filem ni kiut sangat, setahap "cult" dah..
siapa anak muda tak tgk filem ni macam masih budak2.
Saya tengok citer nie 2001 kat KLCC sorang2, masa tue tak ramai yg tengok... maklum mase tue office hour.Ada satu uncle Mat Sallehpun ikut ketawa(terhibur) nonton filem nie...
Citernyer oklah, lakonanpun not bad, lain dari yg lain jalan citernya...tapi saya kecewa satu jer yaitu mereka tak sampai ke Manchester(tiada scene di Manchester City maksud saya).
saya tgk movie ni mase kat universiti...sy mmg suka movie ni...
sy tgok dh lebih 1000x rasa nya dr 2001 smpai arini 3.5.19... xtau laa kenapa kecintaan terhadap filem ni. asyikkk.
Catat Ulasan