07 Mac 2010

SPACE GAMBUS EXPERIMENT, hasilan genius dari bumi Ipoh.


Didalam industri musikal kita yang semakin dibelenggui irama-irama streotaip dan klise, serta persaingan irama-irama dari luar, perlu ada sesuatu atau seseorang yang hadir dengan idea-idea matang dan “lari dari kebiasaan” untuk mengisi sisi kosong industri musik kita.

Aku bukanlah pendengar dogmatik yang hanya mendengar satu aliran genre musik sahaja, sebaliknya aku memilih untuk mendengar apa sahaja yang lunak untuk diterima oleh telinga aku. Lunak disini bukan bermaksud irama streotaip melankolik mendayu-dayu lagu-lagu melayu(baca: lagu-lagu Slam, Scoin dan seangkatan dengannya), tetapi apa yang aku rasakan ianya sedap didengar walau apa jua genrenya(contohnya: metal, grind-core, sludge, nasyid etc etc).

Kamal Sabran bukanlah nama yang asing bagi aku. Beliau dikaca-mata aku adalah seorang genius berbakat yang lahir dari Ipoh, Perak. Setelah beliau memukaukan aku dengan karyanya Lumpur, beliau hadir lagi dengan buah tangan terbarunya iaitu Space Gambus Experiment(SGE), hasil kalaborasi Kamal bersama Zulkifli Ramli, pemain gambus Dewangga Sakti dan rakan-rakan luarnegara yang beliau kenali melalui internet.

Aku tak dapat nak memastikan dengan tepat, buah tangan Kamal Sabran kali ini dari genre yang mana, tetapi ianya mungkin lebih berunsurkan kepada new-age musik.

New-age musik ini adalah musik-musik yang mempunyai irama-irama yang didalamnya unsur-unsur ketenangan, inspirasi artistik dan mampu untuk memindahkan jiwa kita ke satu dimensi yang lain(baca:bagi yang tak tahu new-age ini macamane bunyinya, cuba dengar lagu Kitaro, kalau Kitaro pun tak tahu jugak, sila abaikan post ini)

SGE ini mengandungi sebanyak 10 track dan ianya mempunyai tajuk-tajuk simple tetapi mendalam nilaian ambiguitinya seperti Pengembara Cahaya, Lily Wave Mekanik, Sonik Al-Kosmik, Fizikali Real, Gerhana, Panglima 9, Dari Dalam Kalbu, Semesta Kuanta, 7 ruang Kosong dan Pulang Kekanda Bulan.

Apa yang menariknya untuk hasilan Kamal Sabran ini ialah idea Kamal untuk menggabung-jalinkan antara bunyian gelombang bunyi dari planet Musytari, petikan gambus/oud, electro acoustic dan lain-lain alatan untuk mewujudkan satu musik yang mampu untuk menenangkan, mencipta rasa, menyeramkan, membuat kita berfikir malahan bisa untuk membawa jiwa kita ke satu dimensi yang lain.

Idea ini walaupun kelihatan abnormal tapi sangat-sangat mengesankan jiwa. Sirius!

Ini salah satu sebab mengapa aku katakan Kamal sebagai seorang musician yang genius, iaitu kerana beliau dapat mengabung-jalinkan semua itu menjadi satu irama musik yang betul-betul mengasyikkan.

Aku nampak antara petikan gambus, bunyian angkasa lepas dan kesemua alatan musik yang digunakan betul-betul bersatu, diadun rapi, hingga menatijahkan track-track yang sangat-sangat halus dan menghasilkan halwa telinga yang "sedap" untuk dihadam oleh khalayak pendengarnya.

Idea untuk menggunakan gambus sebagai nadi kepada SGE ini juga adalah salah satu daya penarik disamping lari seketika dari klise dan streotaip musik kita yang acapkali diadun dengan bunyian gitar, keyboard dan seangkatan dengannya. Mungkin next projek, kalau boleh guna kompang memang betul-betul mengujakan!

Yang lebih membuatkan aku kagum kepada karya Kamal ini ialah keboleh-fikiran Kamal untuk menyusun track. Aku nampak peralihan antara track seolah-olah mempunyai keserasian, hingga nampak seolah-olah lagu track pertama adalah sekual kepada track kedua dan begitulah seterusnya.

Dan, aku nampak kebanyakkan lagu Kamal sangat-sangat sesuai sebagai musik latar kepada filem-filem atau drama-drama tempatan. Kepada pengarah-pengarah tempatan, jika kamu selalu menggunakan musikal Kitaro, apa kata kamu bertukar-arah kepada musik si genius ini.

Track yang menjadi senarai-main aku ialah Pulang Kekanda Bulan dan Pengembara Cahaya. Sirius 2 lagu ini memang betul-betul mengesankan.

Oh ye, SGE juga hadir dengan booklet yang “cool” dan susun-atur yang menarik, direka-cipta oleh Kamal Sabran sendiri.

Jadi jangan bertangguh, dapatkannya sekarang juga: kamalsabran@gmail.com

p/s: Kamal, kalau aku nak pakai 1-2 lagu ko untuk projek film baru aku boleh tak? :)

2 ulasan:

kamal sabran berkata...

salam sahabat ku Yusof,

terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi kata kata yang bergitu bersemangat dan memang aku terhutang budi untuk review ini!

benar, kolaborasi itu adalah satu method yang akan menghasil kan sebuah kemungkinan yang baru lagi ajaib. SGE ini bukan lah hasil dari aku seorang, tetapi puluhan idea magis dari para kolaborasi lain. terlebih lagi yang paling aku hargai zulkifli ramli dgn petikan gambusnya yang seakan menyudahkan komposisi yang lama kosong.

yusof, aku mengalu alukan koaborasi filem antara kita. boleh sagat jika kau mahu gunakan lagu2 SGE. aku suka hati.

teruskan berkatya,

kamal sabran

M-Yusof berkata...

thanks bro..nanti ader projek contct2 la yer :) hehehe..