09 Februari 2010

P.Ramlee, Pencetus Idea Eksistensi Filem Independent?

p/s: apa yang korang dapat tangkap berdasarkan gambar diatas?

“I only understand realism…”
kata Manuel Puig.

Realisme adalah berkaitan tentang kewujudan sesuatu. Realisme boleh dihubung-tafsir dari pelbagai perspektif seperti sastera, seni mahupun dalam konteks perlangsungan kehidupan.

Sebagaimana yang aku bagitau dalam post sebelum ini, kebanyakkan filem indie adalah filem-filem yang berorientasikan kepada unsur-unsur realisme yang berlaku di dalam masyarakat setempat.

Melihat kepada prosa ini, sebenarnya, filem-filem lama ataupun istilah-lainnya disebut filem hitam-putih khususnya karya Seniman Agung P.Ramlee, banyak mengangkat isu semacam ini.

Kita dapat melihat sebegitu banyak isu realisme yang diangkat oleh P Ramlee dalam karya beliau.

Jika kita menaakul kepada kebanyakkan hasil karya beliau, kita dapati beliau banyak mengangkat tema berkisarkan kelangsungan-kehidupan golongan proletariat, gelandangan, kelas bawahan sebagai watak utama berbanding golongan borjois mahupun elitis.

Karya-karya beliau amat dekat dengan masyarakat.

P.Ramlee gemar mengangkat situasi realisme yang berlaku pada eranya dan direpresentasi melalui filem-filem arahan mahupun lakonannya.

Kebanyakkan filem P.Ramlee berlatar-belakangkan suasana realiti masyarakat yang berlaku pada ketika itu.

Antara isu yang diangkat oleh P.Ramlee ialah seperti isu kemiskinan, buta huruf, kemelaratan dan lain-lain isu yang sememangnya menggambarkan senario yang berlaku pada era tersebut.

Sekadar memberikan contoh, golongan gelandangan dipaparkan sebegitu susah untuk mencari sesuap nasi, seperti yang digambarkan di dalam filem Penarik Becha.

Begitu juga masyarakat buta huruf sebagaimana yang dipaparkan di dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.

Malah beliau dengan lantangnya mengkritik ketidak-adilan stratifikasi sosial(baca:jurang antara kaya dan miskin)dalam filem Antara Dua Darjat(baca:yang sering ditampil-lawakkan oleh pembikin masakini untuk babak cinta ditolak, contohnya dalam Senario Episode 2:Beach Boys).

Ironikalinya, fikrah idealogi perfileman(dan pemikiran) P.Ramlee sama sekali sangat berlawanan dengan senario pembikin-pembikin filem masa kini yang lebih gemar untuk memaparkan sudut-pandang karya mereka berpaksikan golongan elitis, berorientasikan kemewahan, contohnya bekerja di syarikat multinasional, rumah yang sebesar-besar rumah, rumah ada gelanggang tenis, memakai kereta yang canggih-canggih, gajet canggih-canggih, baju jenama ternama dan aspek yang memperlihatkan ketinggian status golongan kelas atasan.

Jarang sekali kita melihat golongan-golongan sederhana ataupun gelandangan diangkat menjadi tema atau watak utama di dalam sesuatu drama ataupun filem, walhal golongan-golongan semacam inilah yang banyak menjadi asam dan rencah di dalam mewarnai masyarakat pasca-kemerdekaan masakini.

Hakikatnya, kita tidak dapat lari dari kemiskinan, eksploitasi, kapitalisma, kuku-besi, bekerja makan gaji, “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang”, “kekejaman situasi hirarki kemanusiaan”, ketidak-adilan stratifikasi sosial, realiti cari-makan, bayar-sewa, periuk-nasi, kekurangan materialistik, harga barang naik, harga minyak naik, yuran persekolahan naik, hutang keliling pinggang dan lain-lain isu seangkatan dengannya.

Inilah unsur realisme yang diangkat oleh P Ramlee dan kebanyakkan pembikin-pembikin filem indie untuk menjadi tema utama/asas kepada karya-karya mereka.

Jika kita melihat kepada filem-filem sekitar tahun 2000-2010, amat sukar sekali untuk kita mencari filem-filem berlatar-belakangkan realisme kerana minda pembikin filem mainstream masakini lebih cenderung untuk melahirkan karya-karya yang bercirikan kemewahan dan kekayaan, walhal ini amatlah berbeza dengan apa yang berlaku didalam masyarakat. Hakikinya, masih ramai lagi dikalangan kita yang hidup melarat ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Eh, eh, cop, cop, sebenarnya banyak contoh filem-filem dan drama-drama berunsurkan realisme yang telah aku tonton, Cuma malas nak listkannya.

Filem atau drama berteras realisme apakah yang baik untuk korang tonton berbanding "air-tangan" Ahmad Idham, Razak Mohideen dan seangkatan dengannya?

3 ulasan:

Mirza Razin berkata...

Cuba try baca apa yang Siegfried Kracauer dan Andre Bazin kata pasai Realist Theory...

Realisme di dalam filem lebih dari sekadar makna literal...

Ajami Hashim berkata...

nice blog :)

Mikhail Yusof berkata...

Mirza Razin: thanks bro..

Ajami:blog ni cikai-cikai je bro kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain termasuklah blog otai macam ko bro :)