07 September 2010

Nostalgia Raya, Arwah Yasmin Dan "Teori Konspirasi" Iklan TV3

Aku menyusun jutaan kemaafan kerana tidak dapat meng“review” beberapa filem yang aku janji sebelum ini. Alasan klise biasa, sibuk. Ya, memang aku agak sibuk beberapa minggu sebelum raya ini.

Sempena beberapa hari sebelum raya ini, aku selaku pengulas di Review Filem ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin". Apa-apapun terima kasih sekali lagi diucapkan kerana sudi membaca “blog cap ayam” ini.

**

Saban tahun, seakan sudah menjadi trend syarikat konglomerat di Malaysia berlumba-lumba untuk menyiarkan iklan bertemakan hari raya masing-masing. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang lawak, ada yang bermesej dan tidak terkecuali, ada yang hampeh.

Cumanya, aku agak kesal apabila iklan-iklan ini kebanyakkannya lebih ke arah membesarkan Syawal berbanding bulan Ramadhan. Kita acapkali melihat jika iklan Ramadhan, pada kebiasaannya ia hanya lebih kepada teks-teks pegun(tulisan pegun disertakan suara narrator) berbanding iklan raya yang lebih “gempak” (filem pendek).

Seawal bulan Ramadhan lagi, sudah banyak iklan-iklan yang menjurus ke arah kemeriahan hari raya berbanding membesarkan bulan Ramadhan. Seingat aku, belum ada iklan yang mengajak kita beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan atau iklan yang mengajak khalayak bersolat terawikh. Kebanyakkan iklan kita jikalau iklan makanan atau minuman, kebiasaannya adalah babak sewaktu berbuka puasa. Pada aku, ini sudah jatuh tahap klise. Belum ada yang mahu lari daripada “kebiasaan” itu.

Setiap tahun, aku selaku khalayak, tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan iklan-iklan raya ini. Iklan yang aku paling suka, “ternanti-nanti” dan teruja kebanyakkan adalah merupakan sentuhan Arwah Yasmin Ahmad yang merupakan Pengarah Eksekutif Kreatif Leo Burnett.

Arwah Yasmin dan iklan raya seolahnya sinonim, kerana beliau banyak menghasilkan iklan raya untuk syarikat Petronas. Malahan Arwah Yasmin pernah dianugerahkan Pengarah Terbaik di Malaysia Video Awards melalui iklan Forgiving pada tahun 1999.

Pada pandangan aku, iklan-iklan Arwah Yasmin mampu untuk mengaul dan memancing emosi khalayak untuk menyelami apakah kenikmatan hari raya pada ertikata sebenarnya. Dan yang lebih aku suka berkaitan iklan-iklan Yasmin ialah beliau suka mengangkat lapis kelas bawahan di dalam iklan-iklannya. Ya, kita nampak pengayuh beca, kanak-kanak kampung, rumah buruk, kereta buruk melalui iklan beliau. Cuba kita taakul mengapa Arwah lebih suka mengangkat golongan lapis stratifikasi bawahan ini berbanding sambutan raya golongan atasan?

Keistimewaan iklan Arwah Yasmin ini pada aku ialah pada (1) Mesej dan kuat nilaian ambiguitinya (2) Naratif yang menarik dan tidak klise, juga lagu temanya (3) Elemen menyentuh perasaan dan membuai emosi. Malahan aku merasakan iklan-iklan yang berdurasi kurang 5 minit ini adalah “terlampau baik” berbanding filem-filem tayangan Aidilfitri mahupun drama-drama swasta bertemakan Aidilfitri.

Mari kita lihat antara hasil tangan karya Arwah.




















Cuba anda buat perbandingan iklan-iklan Arwah Yasmin dengan iklan raya Petronas 2010. Apa perbezaannya?




Baru-baru ini kita digemparkan dengan iklan raya TV3 2010 yang ditarik-balik siarannya kerana dihentam teruk oleh sebahagian komuniti masyarakat yang sangat skeptikal kepada “lambang-lambang”, “logo” dan “istilah”. Oh ya, iklan TV3 ini dihasilkan oleh Douglas Khoo Hong Seng iaitu merupakan Pengarah Kreatif TV3 dengan kos penerbitan sebanyak RM200,000. Mari kita lihat kembali iklan “kontroversi” tersebut.




Berdasarkan kepada iklan tersebut aku dapati:

(1) Sebahagian masyarakat sangat skeptikal kepada beberapa “lambang”, “logo” mahupun “istilah”. Mengapa aku berkata sedemikian? Contohnya: cuba lihat kes ada invividu yang mahu mengharamkan jersi Manchester United kerana terdapat logo yang dikatakan mempunyai “lambang” syaitan. Aku ada satu soalan, ada sesiapa dalam dunia ini boleh gambarkan rupa syaitan tu macamana? Ataupun pernahkan kita mendengar cerita pemakai jersi Manchester United jadi penyembah setan? Ataupun pernahkah kita melihat pemain-pemain Manchester United ataupun penyokongnya melakukan ritual untuk memuja syaitan sebelum perlawanan bermula? Hakikinya, samada kita sedari atau tidak atau memakai baju MU atau tidak sekalipun, kebanyakkan kita mahupun aku sendiri kerapkali tewas dengan godaan syaitan.

Atau cuba lihat contoh sesetengah masyarakat yang skeptik dengan “istilah”. Kebanyakkan kita sangat takut kepada istilah-istilah seperti liberal, Freemason, Illuminati etc etc. Cuba lihat kes filem Lelaki Komunis Terakhir yang diharamkan hanya kerana ia dikatakan cuba menyalurkan unsur-unsur komunisme sedangkan hakikatnya ianya 100 peratus berasaskan buku autobiografi Chin Peng: My Side Of History. Adalah sangat ironikal apabila buku tersebut bebas beredar dan laris di pasaran , tetapi dokumentari yang dibina berdasarkan buku itu pula diharamkan.

Atau lihat contoh filem Perempuan Berkalung Sorban(yang juga karya adaptasi daripada buku dengan judul yang sama karya Abidah El Khaliqy) yang mahu diharamkan atas alasan unsur-unsur liberalisme, walhal ia adalah sebuah filem yang mewajahkan Islam daripada sisi yang jarang kita mahu ambil peduli atau fahami.

Begitulah halnya berkaitan dengan iklan TV3 ini. Mengapa kita begitu skeptikal dengan perkaitan iklan tersebut dengan teori-teori Freemason, Illuminati dan cuba menyalur unsur yahudi. Aku kurang faham mengapa sebahagian kita terlampau taksub dengan benda-benda pelik semacam itu. Tidakkah kita sedar bahawa kita hidup dalam lingkungan barangan Yahudi? Yang paling aku tahan ialah wujudnya group di facebook yang menyelar unsur Freemason atau Illuminati iklan TV3 tersebut tetapi tidakkah mereka berfikir bahawa facebook yang mereka gunakan itu dihasilkan oleh siapa?

Kita mungkin amarah berkaitan isu pluralisme, tetapi sedarkah kita bahawa kebanyakkan “falsafah raya” atau “hakikat raya” kita sudah bercampur-aduk dengan pelbagai perkara yang tiada asalnya daripada nas Al-Quran ataupun Hadis.

Hakikatnya, sebahagian daripada kita masih dibelenggui “bayang-bayang fantasisme” yang jika tidak dibendung akan mewujudkan pula “gejala fanatisme”. Ya, ia sinonim dengan politik kepartian dan perkara-perkara semacam ini.

(2) Daripada sisi yang lain, kita mungkin menolak iklan tersebut kerana ia ditonton oleh kanak-kanak yang belum mencapai tahap berfikir setanding orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan televisyen merupakan salah satu benda wajib dalam tumbesaran seseorang kanak-kanak. Secara motivasinya, apa yang menarik untuk ditonton dan mudah ditutur akan menjadi ikutan si kanak-kanak tersebut. Ya, Parlov telah membuktikan tentang ini.

Seharusnya TV3 sensitif dengan perkara-perkara semacam ini. Dimana relevannya Penasihat Syariah TV3?

Perkara ini sebenarnya pernah dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis iaitu Dr Asri yang menyuarakan pandangannya bahawa setiap produksi atau pembikin filem perlu mempunyai panel syariah agar setiap penghasilan samada filem, drama atau apa sahaja medium cereka yang mahu dihasilkan perlulah berdasarkan kepada landasan Islam.

Jika tiada, maka akan terjadilah kes-kes semacam iklan TV3 ini.

(3) Iklan TV3 ini secara tidak langsung membuka perdebatan pro dan kontra, positif dan negatif dikalangan kita. Polemik ini mencambahkan idea-idea yang bernas, kreatif dan kadang-kadang tidak masuk akal. Ya, kadang-kadang kita suka mempolemikkan benda-benda kecil berbanding isu yang lebih perlu untuk kita berikan tumpuan.

Pada aku, untuk masalah iklan di TV3 itu tiada siapa yang salah dan tiada yang betul dan kita tidak berhak untuk menyatakan bahawa “pendapat ko salah, pendapat aku betul”.

Kita mempunyai akal fikiran waras yang dikurniakan oleh Tuhan untuk berfikir, jadi berfikirlah.

nota review-filem: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin, video klip (merupakan kegemaran aku) dibawah aku tujukan kepada semua pembaca!

10 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

Ni la hok aku nok kabor semalam. Jangan berhujah sampai berlebih-lebihan sangat. Tegur mana perlu ditegur aje...

Peh, mung terasa ke pasal logo MU tu usop? Kah kah kah!

paiseh berkata...

kemah kemin doh ni..
sadak.. sedak..~

Fadh berkata...

yg masyarakat melayu nampak iklan tv3 tue ajer...sedangkan banyak lagi rancangan di televisyen yg bercanggah dengan ajaran Islam seperti rancangan berbentuk hiburan(menyanyi, berjoget, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan)...

paling mudah dan hampir dengan kita tiap kali raya tapi kita tak pernah perasan ialah kuih raya...kenapa tidak pula dipersoalkan nama kuih raya seperti 'almond london', 'mama carrie' dan 'snow white'...bukankah nama2 tersebut mempunyai unsur2 kristian?

Tanpa Nama berkata...

Well written. I concurr..

~ JJ

M-Yusof berkata...

min: keh keh keh,part man u mmg aku tak boleh buat main :)

fadh:kalau aku nak ulas benda-benda mcm tuh mahunye panjang berjela artikel aku nanti :)

tanpa nama:artikel aku cap ayam jer..

fadz berkata...

salam Yusof,

ok, hang ni mmg lah, tgk dah nangis dah, tgk balik iklan2 arwah, aduuhhh, menangis.. fav aku yg lembu tu, tgk betul2, banyak benda2 yg "accidental" yang berlaku yg memberi filpen tu "miracle", contoh masa budak tu berlari, dia jatuh (dia betul2 jatuh), ini dibuat oleh pelakon2 tka profesional, tapi semangat humanisnya ortiginal dan kuat, jujur.

iklan paling atas tu bukan bikinan arwah, walaupun bawah produksinya.. malah arwah tak menyukainya (burung tu), malah ramai yg meneliti, iklan tu tiruan sebuah filpen luar negara..

oklah petronas raya 2010, tpai mmg, cengkaman dan humanis Arwah tak ada dah.. kiut aje lah, walaupun mencuba (ambil dunia kegemilangan filem melayu)..

pasal tv3 tu, hahaha, ya, persoalannya, apakah simbolisme islam sebenarnya? Apakah simbolisme Islam-Melayu? Apa yang berlaku jika simbolisme (atau kononnya budaya yg sudah ditanamkan) diubah?

itu yang berlaku dalam iklan tu.

Basuh Baju berkata...

pendapat aku:

http://salahtaip.blogspot.com/2010/09/beca-terbang-sinari-lebaran-tv3.html

tq :)

selamat hari raya!

dan iklan plg aku gemar ialah iklan 1999

OrAng_PeRLiS_mEnULiS berkata...

http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/09/mereka-sedang-tertawakan-kita.html

skeptikal.... itu perkataan yang dicari...

setuju dengan pandangan...

Tanpa Nama berkata...

sebab itu di malaysia tiada iklan 'rasuah haram disisi islam, makan rasuah masuk jahanam dan yang sepertinya...


SOALAN AKU. KENAPA IKLAN IKLAN PETRONAS INI ACAP KALINYA DISIAR DI WAKTU PUNCAK DI TV3 @ MEDIA PRIMA SAHAJA? KENAPA PETRONAS MESTI MENGHABISKAN JUTAAN RINGGIT DUIT (DUIT KITA SEMUA TU OOI) KE TV3 KENAPA TIDAK KE RTM?

ikhlas
Penchinta Ruang Gelap.

Tanpa Nama berkata...

ape pun, iklan raya tv3 tu sedikit sebnyak tlh membuatkan orang melayu-islam berpikir..
kalo idak, sembab aje.. terus kan berpikir..
jgn jadi pak turut udah laa yee...
keep on rockin' bro!