tag:blogger.com,1999:blog-8456387364513467471.post6712583640474784821..comments2023-05-12T02:33:10.002-07:00Comments on REVIEW-FILEM: Ulasan Ombak Rindu(2011)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/17275865686363752404noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-8456387364513467471.post-17037019601374620222013-09-29T07:47:49.554-07:002013-09-29T07:47:49.554-07:00ya, saya membaca kesemua siri novel ombak rindu da...ya, saya membaca kesemua siri novel ombak rindu dan merasakan betapa ranjaunya percintaan izzah dan hariz. dan apabila filem ini ditayangkan dan setelah menontonnya,jawapan yang paling jujur boleh saya bagi ialah filem ini merepek dan hanya mahu mengaut keuntungan semata2.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08426361703375339180noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8456387364513467471.post-42938142836185509322012-01-02T06:05:28.135-08:002012-01-02T06:05:28.135-08:00saya menonton ombak rindu melalui astro first. ikh...saya menonton ombak rindu melalui astro first. ikhlas saya katakan bahawa sepanjang filem ini saya berkerut, terlopong dan terpinga-pinga. sinematografi cantik, barisan pelakon cantik walaupun saya rasa castingnya agak lemah, lakonan bagus, wardrobe pun cantik. namun saya tidak tetap terpinga-pinga. sepanjang cerita saya tertanya-tanya bagaimana seseorang yang digambarkan sebagai ustazah boleh meminta seorang lelaki yg tidak dikenalinya untuk bernikah dengannya kemudian meganggapnya sebagai perempuan simpanan? jatidiri seorang ustazah sepatunya mendorongnya untuk melarikan diri tidak kira apa, jauh daripada kancah maksiat.;dia tidak ada sebarang leverage yang perlu ditakuti, tiada anak atau orang tersayang yang diambil sebagai tahanan supaya dia melacurkan dirinya. bagaimana seorang lelaki islam boleh berkata kepada isterinya yang dia tidak akan menceraikan isterinya itu tetapi sebaliknya akan meninggalkannya. bagaimana pak dol boleh berniat untuk menunaikan haji dengan kesedaran bahawa selama ini dia menyimpan rahsia yang sangat besar dan dia melakukan kerja-kerja hina yang diarahkan oleh anak kandungnya sendiri, eg menolong menyimpan perempuan di rumah. bagaimana izzah, seorang ustazah dan kemudiannya menjadi isteri hariz, boleh membenarkan mail membelai manja tudungnya semasa duduk minum (dan kemudian penyiasat persendirian datuk sufiah telah mengambil gambar mereka ketika init). bagaimana mila boleh digambarkan sebagai perampas yang kejam sedangkan dia adalah mangsa sebenarnya. dan kenapa lah agaknya datuk sufiah bercakap bunyi macam buat-buat, adakah dia sepatutnya bunyi macam orang putih? dan izzah pula langsung tidak kedengaran seperti wanita kampung. dan lagu itu, ya, pada akhir cerita saya sudah menjadi mual dan bingung sebab sekejap suara perempuan, sekejap suara lelaki; sesungguhnya malaysia mempunyai ramai pemuzik tersohor, tiada seorang pun kah yang boleh menghasilkan score muzik yang gah? seperti cerita secret oleh jay chou. saya memang hampa dengan runut bunyinya. saya sesungguhnya tidak faham bagaimana filem ini boleh menyayat hati sesiapan pun sehingga ramai yang menangis menontonnya. aspek teknikalnya membanggakan, tetapi isi ceritanya cetek. pada saya, hanya watak mail dan mila yang tulus niat mereka, dan boleh saya fahami dan terima. pada saya, filem ombak rindu ini cuma cantik luaran tetapi kosong di dalam, seperti banyak benda di malaysia ni. mungkin saya perlu membaca novel ombak rindu.Juleshttps://www.blogger.com/profile/08478137388927605797noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8456387364513467471.post-51395238753895971932011-12-11T22:58:00.549-08:002011-12-11T22:58:00.549-08:00ada komen?ada komen?Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/17275865686363752404noreply@blogger.com